Nha Trang, Vietnam 4H3M : Itinerary dan Bajet Percutian
30th Sept - 3rd Oct
Assalamualaikum,
Nah kali ni kita pilih destinasi percutian keluarga ke Nha Trang, Vietnam. Selepas membuat beberapi kali survey akan tempat percutian yang akan dipilih seperti, Dalat, Phu Quoc dan Sapa (tengah Typhoon (taufan)) dan memandangkan kami bawak 2 orang anak kecil, setelah diteliti akan kos dan entry ticket, Nha Trang adalah destinasi yang akan kami pilih kali ini. Yelah, kita kalau boleh tempat tempat yang kita akan lawati itu berbaloi dan mesra dengan kanak-kanak. Dan saya simpulkan, Nha Trang adalah destinasi yang wajib untuk kunjungi bersama keluarga, kalau kita perlukan santai-santai dan tidak rushing maka Nha Trang juga salah satu tempat yang amat sesuai ini kerana semua tempat attraction hanya berdekatan dengan Airbnb kami. Tiket masuk juga tak mahal (mampu milik), kota atau bandar yang tidak terlalu sibuk atau jammed.
Vietnam, untuk di Nha trang makanan halal sangat susah untuk di jumpai. Jadi kami ambil solusi untuk stay di Airbnb rather than hotel, sebab boleh masak. Sebabkan kami datang berkeluarga jadi untuk masak itu tidak menjadi satu masaalah selain dapat jimat kos makan yang sangat banyak ye sepanjang kami stay di sana. Masak seawal pagi, dan boleh makan sampai ke malam. Aktivi kami juga tidaklah terlalu padat, sebab emosi anak-anak juga amat penting sepanjang percutian ๐ huhu jadi memang kita santai-santai saja. Kami pergi seramai 4 orang, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dan kos perbelanjaan kami around RM3311.21 untuk 4 orang ye kalau dibahagi 4 lebih kurang RM827 macam tu. Kos termasuk tiket flight, tiket theme park, makan, entry fees attraction place, souvenir, grab, accomodation, simkad. Di akhir nanti saya tepekkan link Itinerary sepanjang kami di Nha Trang.
Antara tempat yang kami pergi,
D1
10.30am Depart from KUL and arrived at CamRanh airport (2jam30min)
Check-in The Costa Residence Airbnd (book through Airbnb apps 4d3n) - highly recommended ye sebab lokasi di tengah-tengah, jadi semua tempat yang kita nak pergi dekat even super market pun dekat just jalan kaki je. Nak pergi beach? depan bilik kita je, seberang jalan, LOVE!๐
Rehat, solat, tido (ofkos lah sampai-sampai anak terus lepak atas katil dan tido๐)
Lotte Market Nha Trang (8min je jalan kaki from our airbnb) - beli groceries sebab susah dapat halal, kedai halal ada tapi tak larat nak spend sekepala RM30 tiap kali makan๐, so kita masak jelah kalau kita gerak solo mungkin tak jadi masalah huhu
Prepare our dinner and dinner di balkoni sambil menikmati senja dan orang-orang yang beriadah di tepi pantai huhuhu
Malam kami just rehat-rehat di balkoni memandangkan esok kami akan keluar awal pagi untuk menghabiskan tenaga kami sehari HAHAHA
D2
7.30am amek Grab ke Vinpearl Land, Nha Trang (tiket booked di Klook incuded cable car return, booked seminggu sebelum, kanak kanak tinggi bawah 100cm free ye takyah beli tiket)
Tips sepanjang di Theme Park:
- Email & DM facebook Vinpearl/Vin Wonders Nha Trang sesiap, maklumkan kepada mereka yang kita notice dalam theme park mereka takada jual Halal food so, kita nak mintak izin bawak makanan kita sendiri memandangkan kita ada bawa family. Biasanya dia org izinkan, tapi kita email je then SS sesiap, kot lah nanti masa entry staff dia org cek beg kan, kita boleh tunjuk email tu.
- Masak sesiap and tapau lah, beli lunchbox pakai buang tu dekat kedai eco pon ada, senang lepas makan buang terus huhu.
- Portable bidet(tak sempat pon nak kencing sebab air yang kita minom banyak banyak(kehausan) tu da jadi peluh berliter liter hahaha๐
- Payung, topi, kain muka, kipas bateri (panas bak ang)
- Power bank
- Tripod stand/monopod bcs terlalu cantik ye tempat dia, korang google jelah tempat dia, theme park dalam pulau sumpah cantik. So every sudut tu kita rasa memang asyik nak bergambar ahhaha
- Solat dekat sudut sudut yang tak nampak sangat orang, banyak je tempatnya
- Bawa baju mandi if korang nak mandi dekat water park, yelah hari da panas kot nak berendam pulak lepas da habis explore game dalam tu
- Kami pergi hari weekday, so tak padat dengan org and masa entry setiap game tak kena Q pun. Heaven!
- Kalau bawak anak and pergi weekday, korang boleh datang thepark dalam pukul 10am ke pukul 12pm ke, sebeb penat giler kalau korang datang dari pagi, yelah kita nak kena stay sampai malam taw, sebab ada show, and malam pon sumpah sangat-sangat cantik, dengan cable car dia lagi, cable car dia merentasi laut ye. Fairy Wheel lagi cantik pada waktu malam atas bukit pulak tu, memang mahal pemandangan dia waktu malam kalau kita dari atas bukit tu boleh nampak daratan Nha Trang seberang sana. Kalau takleh imagin korang google jelah ea hahaha๐
- Pakai baju yang bersesuaian, jangan tebal sebab hari panas, panas bahang pulau pulak tu haha
- Kalau anak bawah 100cm tak banyak game yang anak boleh main, sebb dia ukur ye ketinggian. Kalau tak korang kena bergilir jaga anak untuk main game tu huhuhu
ow, dalam theme park tu ada Vegetarian Restaurant, boleh lah kalau perut korang tahan nak makan sayur sayur sebab malas nak masak dari airbnb/hotel ke apa hahah. Kami sepanjang dalam tu pun, hanya beli air buah je, tu memang repeat banyak kali lah hahahah haus bak ang!๐
D3
Ponagar Tower
Bluesea Beach
Naik beca pusing town
Nha Trang Night Market
*ni semua korang tengok dalan Itinerary jelah ea
D4
Check out
Flew to Malaysia
Sebenarnya, iti yang kita orang buat sebelum flew to Vietnam tu banyak tempat yang kita orang patut pergi, tapi biasa lah bawak family lagi budak-budakkan, so sampai sana ada lah juga tempat-tempat yang kita orang skip tapi tak jadi masalah pun as long as, tak rushing, anak tak meragam sangat pun da ok. Tiket flight kami amek AA, beli time promo bulan Februari, and fly on end of september, so banyak masa and bulan yang kita org boleh prepare. Beli tix masa tu dapat RM200+ return/person. So kene rajin hunting ticket murah. So, bawah ni link Itinerary yang korang boleh rujuk ye. Ikut korang lah nak tambah tempat yang korang nak pegi dalam iti tu ke apa, selamat bercuti!
Vietnam (Nha Trang) itinerary (destinasi & bajet) 2024.docx
Comments
Post a Comment