Trip 7H6M & Bajet ke HATYAI ๐ KRABI ๐ PHUKET, THAILAND Menaiki Kereta Sendiri
16th February 2024
Assalamualaikum,
Kali ni kami sekeluarga merancang percutian ke Thailand. Dan destinasi yang kami pilih untuk bercuti adalah Hatyai ๐ Krabi ๐ Phuket ๐ Hatyai. Kami plan 2 ke 3 bulan sebelum date ke Thailand (iaitu pada cuti akhir tahun sekolah anak-anak). So dibawah adalah itinerary segala kos perbelanjaan, tempat yang dituju, insurans dan sebagainya. Mana tahu boleh jadi rujukan untuk korang yang nak ke Thailand. Saya lampirkan sekali iti perjalanan kami ke Thailand termasuk destinasi, penginapan, segala kos yang dibelanjakan, insurans travel, insurans kereta di border etc
thailand itinerary 2024_blogger.docx
Trip ni trip santai je, sebab bawak anak-anak. nak kata bajet sangat pun tidaklah, sebab kami ada stay di beberapa hotel yang cantik and ada pool untuk anak-anak. Oh ye, kami memilih untuk menaiki kenderaan sendiri. kos flight mahal ๐ lagi pun bawak anak kecik, senang sikit nak berenti ke apa, ikut time kitakan dan kami dari Johor. Daa alang-alang kami dari selatan nak ke utara jelajah sekali lah krabi dan phuket.
CASH
Duit cash yang kami bawa ke sana RM2000 bersamaan Thailand BATH15000. Selama seminggu kami 4 beranak disana, hanya membelanjakan RM1500 (untuk makan+petrol) + RM500 (untuk pakej 4beranak 4island hopping, Krabi). Sebenarnya, untuk makan tu hari last kami singgah ke Hatyai sebelum esok kami masuk Malaysia, kami ada balance dalam RM500 di tangan. Memandangkan kami tak tahu nak buat apa balance banyak banyak di tangan tu, and tak tahu bila lagi kami akan datang lagi ke Thailand, so kami decide untuk habiskan je duit tu di hari last. So, actually untuk spent makan sahaja kami hanya guna RM1000 je untuk seminggu tu.
Jadi, untuk korang yang kalau setakat nak food hunting di 3 tempat ni, bawah RM1500 pun daa cukup. Kami bajet RM2000 sebab memang daa plan nak amek Island hopping time dekat Krabi nanti sebab anak anak suka mandi laut.
PETROL(RON95)
Thailand punya petrol mahal dari Malaysia, yelah Malaysia bersubsidikan hahahah๐(dalam hati rasa bersyukur jadi rakyat Malaysia taw๐ญ) dalam iti pun saya daa siap-siap listkan perbelanjaan petrol yang kami pakai dengan bajet yang kami plan pada awalnya, dan yang kami telah spent masa di Thailand. Kami isi full tank(di Malaysia) sebelum masuk border Malaysia-Tailand. Dan kami isi lagi 24L di PTT, Krabi (sebab ada balance lagi beberapa liter, so kami topup bagi full) sebab esoknya check-out di Krabi dan meneruskan perjalanan ke Phuket pula. Oh ye, kalau isi minyak kereta BATH500 ke atas nanti dia bagi air mineral free. Lagi satu semua station minyak PTT dia ada 7Eleven, kedai makan, stall stall kecil, toilet yang bersih ⭐⭐⭐⭐⭐nak tukarkan baju anak, pampers anak, nak isi perut dulu(make sure kedai makan tu ada tulisan halal taw) . Dan kami isi balik minyak dalam 10L di Shell, Hatyai, sebab perjalanan dari Phuket ke Hatyai mengambil masa dalam 5jam lebih, so kita topup jelah sikit untuk esok check-out nak keluar border Thai-Malaysia.
Hatyai
Comments
Post a Comment