Trip 3H2M & Bajet ke National Park@Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
May 2023
Kali ni kita pilih Pahang, Darul Makmur sebagai destinasi percutian sempena cuti sekolah penggal 1. Sesekali nak juga rasa vibe nature, asyik-asyik pegi pantai, town, city je kan. Sesekali kita lari dari hiruk pikuk bandar huhu.. sebenarnya tak terfikir pun nak habiskan cuti penggal sekolah anak dekat kawasan-kawasan gunung/hutan, tapi tu hari ada tenguk-tenguk video orang share Pasal Taman Negara Pagang tu tengok macam seronokkan bawak anak-anak naik bot lalu dipersisiran sungai, sambil menikmati alam indah kurnaan Allah yang cantik ๐
Try tengok pakej-pakej bajet untuk 3hari2malam di Taman Negara, banyak pilihan ye. Boleh ikut bajet masing masing, macam kita amek pakej bajet jelah, yang penting aktiviti sport tu dapat cover semua. Kita orang pilih pakej yang exclude makan. Kalau amek sekali makan agak mahal sikitlah, lagi pun taknak terkejar kejar atau terikat sangat dengan jadual makan tu. Dekat Taman Negara Pahang banyak ye Chalet-Chalet Resort-Resort, Quest House pon ada, Dorm pon ada untuk backpacker. Ada tu survey pakej Resort include meal 4kali tak silap 1pax RM400+ tapi chalet tu memang selesa lah, cantik. Kalau jenis malas nak pikir makan kat mana semua boleh lah kot amek, pakej tu pun da include sekali tour guide yang akan bawak untuk aktiviti dekat Taman Negara nanti.
Tapi macam kita orang, sebab aktiviti banyak habiskan masa dekat luar(dalam Taman Negara), so kita orang decide untuk amek guest house je. Rasa macam membazir pulak kalau nak amek resort yang mahal mahal tapi masa banyak habis kat luar. Kebetulan, ex officemate husband dia tour guide kat Taman Negara Pahang, sebab dulu selalu nampak kawan tu post husband dia punya video-video dekat Taman Negara tu, so senang lah sikit kerja kita nak deal kan. So tanya punya tanya, kita orang amek pakej RM150/pax, kita orang 4orang (me, hubby and 2 oarang anak) manakala bilik RM240 untuk 2 malam. So dekat bawah ni adalah list aktiviti yang kita orang dapat dalam pakej:
Aktiviti di Taman Negara Pahang
Day 1
- Jungle Trekking
- Canopy Walk
- Orang Asli
- Rapid Shooting
- Mandi-Mandi Di Sungai
- Night Walk
Day 2
- Lata Bekoh (Add on RM250, Max 4pax 1 boat tak termasuk guide dengan boatman)
- Sebelum sampai ke Lata Bekoh, kita akan singgah ke tempat Pokok Tualang & Santuari Kelah
- Blind Date
- Boat Crossing
- Boat
- Guide
- Ticket
- Permit Masuk
- Orang Asli Fees
So total semua termasuk bilik (guest house) dalam RM1100 untuk 4 orang, makan sendiri
Perjalanan dari pada Kota Tinggi ke Taman Negara lebih kurang 6jam, tapi sebabkan kita kena pickup husband dekat kluang(hubby kene station kerja dekat kluang), so lambat lah kita sampai taman negara.
Kota Tinggi-Kluang-Segamat-Lebuhraya Tun Razak-Gambang Pahang-LPT-Jengka-Taman Negara (7.30AM-7.30PM) 12 jam juga lah ahahah๐ lambat sebab berhenti dekat Kluang tu lama sikit, pergi breakfast dulu, pindah pindahkan beg dalam kereta hubby dulu then dalam pukul10 pagi macam tu baru lah gerak ke Segamat, ikut jalan dalam, then berenti lagi dekat Masjid Segamat rehat tukar apa apa yang patut dekat anak then gerak terus. Kalau naik bas mungkin boleh lah dapat 6jam tu ๐
Kita orang gerak sehari sebelum hari check-in guest house tu, sebab hubby ajak gerak awal sebab taknak penat sangat. Oh ye, sebenarnya hubby tak mahu tau pergi Taman Negara, hubby penakut naik naik boat ni๐ lagi lah lepas dia tengok video Rapid Shooting tu, so dengan pantas nya otak ni bekerja kita pun survey lah Domestic Insurance punya yang cover sekali sport. Survey-survey baik Takaful, Tune semua takda domestic punya yang include sport sekali, last-last minute terjumpa Allianz Travel Easy kita orang amek 2way siap siap untuk domestic(family package punya) macam kat bawah ni, masukkan details semua then bayar siap, tunggu Allianz email e-policy nya.
Kita orang sampai 7.30PM tu terus cari tempat makan dekat Kuala Tahan situ, sebenarnya husband tak book bajet hotel untuk hari tu, so kita orang redah aje, sampai Kuala Tahan tu baru cari mana mana guest house yang ada available bilik. Banyak rupanya ye pelancong dari europe. Oh sebelum tu, korang kalau da sampai Jerantut baiklah isi minyak kereta tu siap-siap kat stesen minyak๐ sebab dekat Kuala Tahan tak ada stesen minyak, plus jauh ye kalau nak patah balik dari Kuala Tahan ke Jerantut tu semata-mata nak isi minyak. Tapi ada je kedai yang jual minyak petrol, pakai style lama lah, dia oang masuk dalam botol/tong. Balik semula pada tadi, kita orang makan malam dekat depan sekolah rendah kuala tahan situ, sampai hari ahad tu pun kedai-kedai kecik-kecik banyak tutup maybe hari ahad kot, Hubby pulak pegi meround dulu cari bajet guest house yang available, nasib lah ada๐kalau tak da ada backup plan tido dekat parking masjid ๐ lepas makan semua, kunci bilik pon da dapat kita orang terus rehat-rehat kat bilik je, sebab daa penat duduk dalam kereta, semua tido awal. Sebab esok da nak start aktiviti dekat Taman Negara.
Korang, peringatan atau reminder untuk korang yang nak pergi dengan family yang ada anak anak kecil, digalakkan bawak lah life jacket yang sesuai untuk saiz anak. Beli yang berkualiti, jangan beli yang jenis tiup tu. Bukan apa kita taknak perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Bukan guide tak sediakan life jacket tu, ada cuma macam tak sesuai dipakai oleh anak yang saiz badannya kecik and ringan. Buat-buat budak tercampak dari boat ke apa, memang terlepas lah anak dari life jacket dewasa tu. Boleh pegi Decathlon untuk beli life jacket anak, ikot saiz and berat anak
Comments
Post a Comment