Buka Akaun Tabung Haji Dan Daftar Haji Anak

 Assalamualaikum, Selamat Hari Raya!!! 

Alhamdulillah, lepas seminggu kita beraya mengejut 😆 maka bermulalah rutin harian kita seperti biasa. Urus anak sekolah, pergi kerja, hantar anak pergi tuisyen, urus rumah dan ulang-ulang-ulang perkara yang sama setiap hari😂. Ok harini nak kongsi macam mana nak daftarkan@register haji anak dengan Tabung Haji. Yelah hari raya ni banyak sedara mara, rakan-rakan yang sedekahkan duit raya dekat anak. Alhamdulillah rezeki anak, sedikit sebanyak kita manfaatkan untuk kebaikan anak-anak. Dengan ini bermulalah ibu bapa yang berpusu-pusu menyimpan duit raya anak dekat tabung haji sebagai simpanan anak-anak mereka.

Sekarang amat mudah nak daftarkan anak akaun tabung haji, semua hujung jari je. Tapi disebabkan kita ni pertama kali nak daftarkan anak haji maka, semua kita buat dekat kaunter tabung haji lah😂dengan bantuan pegawai dan pakcik guard yang sangat membantu maka urusan kita pun dimudahkan.

Dokumen yang perlu disediakan bagi pembukaan akaun TH & pendaftaran Haji anak bawah usia 18tahun ;

  1. Mykid/IC anak (original)
  2. Surat beranak (original & 1 photocopy)
  3. MyKad ibu/bapa/penjaga
Mudahkan! huhu

Ok, and then kita perlu download apps THiJARI di Apple store/ Play store 


Sumber Google

Bila daa selesai download semua, kita register lah macam biasa, isi semua maklumat. Pastikan ID dan Password yang kita boleh ingat. 


Sumber Google

Pastikan segala maklumat dan butiran yang diberikan adalah betul, disemak semula sebelum klik daftar atau simpan. Jika, ibu/bapa sudah mempunyai akaun tabung haji boleh lah kemas kini kembali maklumat maklumat lama yang belum update. Selepas selesai semuanya, 


Pergi bahagian kanan pada paparan skin telefon, dan klik pada bahagian "Pembukaan Akaun Kanak-Kanak" isikan semua maklumat yang perlu seperti;

  • Nama Ibu/bapa/ penjaga (Semua huruf besar)
  • Mykid anak (wajib)
  • Nombor Pendaftaran Sijil Lahir Anak (wajib)
Selepas semuanya sudah diisi dan hantar, TH akan hantar email permohonan pembukaan tabung haji anak telah diterima. Mudahkan 😍



Email permohonan pembukaan tabung haji anak telah diterima

Kalau kita da daftar siap siap akaun tabung haji anak secara online dekat rumah, boleh lah kita terus walk-in ke Pejabat Tabung Haji yang berhampiran dengan rumah kita. Kalau macam kita, register online dekat pejabat tabung haji, lepas selesai register terus ambil nombor giliran untuk sesi thumb-print semua. Waktu ini kita kene serahkan dokumen-dokumen yang kita daa sediakan tadi.

Harga untuk pembukaan akaun tabung haji adalah serendah RM10
Manakala untuk terus daftar haji minimum yang perlu ada dalam akaun RM1300 

Kalau simpanan anak masih tak cukup lagi, its ok kalau hanya dapat buka akaun sahaja. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi boleh datang balik ke Tabung Haji untuk daftar haji pula. Ok, lepas selesai semua pegawai akan bagi kita satu salinan slip penama anak kita yang didaftarkan haji dan  tahun peruntukan haji semua. Untuk daftar haji ni, saya daftarkan 2 orang anak perempuan saya sekali gus.



Alhamdulillah selesai semua, walaupun macam tak masuk akal tahun peruntukan haji tu😂 takpalah kita doakan yang baik-baik sahaja untuk anak anak kita. Semoga anak-anak kita suatu hari dapat menunaikan rukan islam ini diusia muda, sihat akal dan tubuh badannya.

Comments