1 S T S Y A W A L 2 0 2 0 (PKPB COVID-19)
S E L A M A T H A R I R A Y A ! !
Assalamulaikum,
Tahun ni dalam sejarah kita beraya ikut syarat dan garis panduan dari kerajaan ya, di LARANG merentas negeri dan beraya ziarah menziarahi hanya pada hari raya pertama sahaja hshshshsh tu pun limit 20 orang sahaja ok. Jangan membantah 😂😂😂😂 kalau tak kene denda RM 1000 tau 😢 . Ok sepatutnya tahun ni turn aku beraya di rumah mertua di Kuala Pilah, tapi apakan daya kita semua tak boleh merentas negeri kan, dan aku pulak menetap di Johor. Fuhh nasib lah rumah mak dekat Kota Tinggi je 😂 tak ada lah rasa beraya sendiri dapat lah juga merentas daerah beraya dengan mak tu pun just #stayhome #staysafe je sebab kami pon memang tak berani lah nak ziarah ziarah ni. Kesian suami sepatutnya tahun ni beraya kampung dia tapi apa boleh buat kita ni ikut arahan kerajaan kan. InsyaAllah tahun depan kita beraya Kuala Pilah pulak ye 😊
Tahun ni, raya bertambah berseri (walaupun dalam PKPB ni) sebab nya tahun ni tahun beraya
ber E M P A T pertambahan ahli baru dalam keluarga kecil kami. So cukuplah dan sempurnalah keluarga kami ini 😻
Comments
Post a Comment